My Bussines Planing~_^'
Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan semua, saya telah membuka sebuah perniagaan bakery yang dinamakan adiyera'bakery cake sejak Dis 2013 yang diuruskan oleh sepupu saya Haslinda Amran. Beliau merupakan seorang suri rumah dan membuat kerja sampingan dengan membuat kek sendiri yang dihasilkan menurut resepi turun temurun.
Pada asalnya, dia hanya membuat kek ini untuk hidangan tetamu dan menerima tempahan untuk majlis sederhana. Seterusnya apabila saya ketahui minat yang mendalam dia tentang pembuatan pelbagai kek ini maka saya mencadangkan untuk membantu beliau ke peringkat yang lebih menguntungkan.
Perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah ini merupakan satu tapak permulaan yang diharapkan akan berkembang maju berkat dari sokongan semua. Alhamdulillah, permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan termasuk yang bukan islam semakin menguatkan lagi azam kami untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja halal malah sedap dan berkuatili tinggi mengikut citarasa pelanggan. Di antara produk kami adalah seperti yang digambarkan di bawah :-
No comments:
Post a Comment